Polisi Privasi

EN MY

Dikeluarkan pada 28 Disember. 2020
Kemaskini terakhir pada 1 Jun, 2021

Selamat datang ke polisi privasi Epoch Blooming Toys Sdn Bhd. (“EPOCH”).

EPOCH menghormati privasi anda dan berkomited dalam melindungi data peribadi anda mengikut undang-undang yang digunapakai. Polisi privasi ini akan memaklumkan kepada anda tentang bagaimana kami melindungi data peribadi anda sewaktu anda melawati laman sesawang kami (tidak kira dari mana anda melawat) dan memberitahu anda tentang hak privasi anda dan bagaimana undang-undang melindungi anda.

1. Maklumat penting dan siapa kami

Tujuan polisi privasi ini

Polisi privasi ini bertujuan untuk memberikan maklumat kepada anda tentang bagaimana EPOCH mengumpul dan memproses data peribadi anda melalui penggunaan anda dalam laman sesawang ini, termasuk sebarang data yang anda bekalkan melalui laman sesawang ini apabila anda mendaftar untuk kelab peminat atau surat berita kami, atau mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan.

Pengawal

EPOCH ialah pengawal dan bertanggungjawab bagi data peribadi anda (kemudian daripada ini di rujuk sebagai Syarikat atau "kami" dalam polisi privasi ini).

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai polisi privasi ini, termasuk sebarang permohonan untuk melaksanakan hak undang-undang anda, sila hubungi kami melalui butiran yang dinyatakan dibawah.

Butiran perhubungan:

Nama penuh entiti sah: Epoch Blooming Toys Sdn Bhd
Nama atau jawatan: William Loo Tze Yang
Alamat e-mel: william@epochbt.my
Alamat pos: 22, Jalan BA 2/1, Kawasan Perindustrian Bukit Angkat, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.
Nombor telefon: +603 873 44 188

Kemaskini data peribadi anda

Adalah penting bagi data peribadi anda yang disimpan oleh kami tentang anda sentiasa tepat dan terkini. Sila maklumkan kepada kami sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada data peribadi anda sepanjang anda berhubung dengan kami.

Pautan pihak ketiga

Laman sesawang ini mungkin menyertakan pautan kepada laman sesawang, plugin dan aplikasi dari pihak ketiga. Mengetik atau membenarkan sambungan tersebut akan membenarkan pihak ketiga untuk mengumpul atau mengongsikan data tentang diri anda. Kami tidak mengawal laman sesawang pihak ketiga ini dan tidak bertanggungjawab atas kenyataan privasi mereka. Semasa anda meninggalkan laman sesawang kami, kami menyarankan anda membaca polisi privasi bagi setiap laman sesawang yang anda lawati.

2. Data yang dikumpul oleh kami mengenai anda

Kategori data peribadi yang dikumpul oleh kami

Data peribadi bermaksud sebarang data tentang individu yang mana dapat dikaitkan dengan seseorang. Ia tidak termasuk data dimana identiti telah dibuang (data tanpa nama). Kami mungkin mengumpul, menggunakan, menyimpan dan memindahkan kategori berbeza data peribadi tentang anda.

Kategori-kategorinya adalah:

  • Data Identiti: nama awal, nama akhir, nama pengguna atau pengenalan yang berkaitan, jantina, dan tarikh lahir;
  • Data Kenalan: alamat e-mel dan nombor telefon;
  • Data Kewangan: maklumat pembayaran sewaktu anda melakukan transaksi dengan kami;
  • Data Transaksi: butiran dan sejara pembelian produk/perkhidmatan kami oleh anda;
  • Data Interaksi: butiran pesanan dan pertanyaan anda kepada kami, maklum balas kami dan mana-mana interaksi lain diantara anda dengan pihak kami sama ada dalam laman sesawang ini, melalui panggilan telefon, e-mel, pada media sosial kami, atau sebarang media atau saluran-saluran lain;
  • Data Teknikal: alamat protokol internet (IP), data daftar masuk anda, jenis dan versi pelayar, tetapan zon masa dan lokasi, jenis dan versi plugin pelayar, sistem pengoperasian dan platform dan teknologi lain yang digunakan pada peranti anda untuk mengakses laman sesawang ini;
  • Data Profil: nama pengguna dan kata laluan anda, pembelian atau pesanan yang dibuat oleh anda, minat, kegemaran, maklum balas dan maklum balas kaji selidik anda.
  • Data Penggunaan: maklumat tentang bagaimana anda menggunakan laman sesawang, produk dan perkhidmatan kami.
  • Data Pemasaran dan Komunikasi: pilihan anda dalam menerima pesanan pemasaran daripada kami atau rakan kongsi kami dan pilihan komunikasi anda.

Data peribadi sensitif

Kami tidak mengumpul sebarang data peribadi sensitif mengenai anda (perkara ini termasuk agama atau kepercayaan falsafah anda, pandangan politik, maklumat tentang kesihatan dan genetik dan data biometrik anda). Kami juga tidak mengumpul sebarang maklumat tentang sabitan dan jenayah anda.

Kegagalan membekalkan maklumat peribadi

Sekrianya anda gagal untuk membekalkan data peribadi yang diperlukan apabila kami diwajibkan oleh undang-undang, atau dibawah terma kontrak diantara kami dengan anda, kami mungkin tidak akan dapat melaksanakan kontrak kami atau yang cuba dimasukkan anda kedalamnya (contohnya, untuk membekalkan barangan atau perkhidmatan kepada anda). Sekiranya perkara ini berkalu, kami mungkin akan membatalkan produk atau perkhidmatan yang telah anda tempah. Kami akan memaklumkan kepada anda sekiranya perkara ini berlaku pada waktu tersebut.

3. Bagaimana kami menggunakan data peribadi anda.

Pemprosesan data peribadi mengikut dasar undang-undang

Kami hanya akan membenarkan penggunaan data peribadi anda apabila dibenarkan oleh undang-undang. Selalunya, kami akan menggunakan data peribadi anda dalam situasi berikut:

  • Apabila anda telah bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda. Perkara ini selalunya berlaku apabila kami menghantar pesanan pemasaran, atau semasa kami menggunakan kuki pada laman sesawang ini bagi tujuan pengiklanan, analitik atau tujuan lain yang tidak wajib dalam membekalkan perkhidmatan kami seperti yang anda pohon. Anda berhak untuk menarik balik persetujuan pada bila-bila masa sama ada dengan mengikuti pautan yang berkaitan pada sebarang pesanan pemasaran, dengan berhubung secara terus dengan kami, atau dengan menukar tetapan kuki anda;
  • Dimana kami perlu memproses data peribadi anda bagi melaksanakan kontrak diantara kami dengan anda, atau untuk mengambil tindakan atas permohonan anda sebelum memasuki kontrak tersebut;
  • Dimana kami perlu memproses data peribadi anda bagi mematuhi undang-undang atau kewajipan kawalan yang tertakluk kepada kami; dan
  • Dimana kami perlu memproses data peribadi anda bagi menetapkan, melaksanakan dan mempertahankan hak undang-undang kami.

Sumber dimana kami mengumpul data peribadi anda & Tujuan bagi pihak kami untuk menggunakan data peribadi anda

Kami telah menetapkan dibawah, dalam format jadual, penerangan tentang cara-cara kami akan menggunakan data peribadi anda, yang mana, atas dasar undang-undang yang akan kami gunakan bagi tujuan tersebut. Sekiranya dasar undang-undang bagi pemprosesan data tersebut adalah dengan persetujuan oleh anda, adalah tidak wajib untuk anda membekalkan data peribadi anda.


Sumber/Tujuan/Aktiviti Jenis data Sebab undang-undang bagi pemprosesan
Untuk mendaftarkan anda sebagai pelanggan baru atau ahli kelab peminat. (a) Identiti
(b) Kenalan
Melaksanakan kontrak dengan anda
Untuk memproses dan menghantar pesanan and termasuk menguruskan pembayaran, yuran dan caj. (a) Identiti
(b) Kenalan
(c) Kewangan
(d) Transaksi
(e) Pemasaran dan Komunikasi
(a) Melaksanakan kontrak dengan anda
(b) Perlu bagi memastikan, melaksanakan dan mempertahankan hak undang-undang kami
Untuk menguruskan hubungan kami dengan anda termasuk: memaklumkan kepada anda tentang sebarang perubahan dalam terma atau polisi privasi kami dan memohon anda untuk meninggalkan ulasan atau melaksanakan kaji selidik. (a) Identiti
(b) Kenalan
(c) Profil
(d) Pemasaran dan Komunikasi
(a) Melaksanakan kontrak dengan anda
(b) Perlu bagi mematuhi kewajipan undang-undang
Untuk membenarkan anda mengambil bahagian dalam cabutan, pertandingan atau melengkapkan kaji selidik. (a) Identiti
(b) Kenalan
(c) Profil
(d) Penggunaan
(e) Pemasaran dan Komunikasi
(a) Melaksanakan kontrak dengan anda
(b) Perlu bagi minat kami yang sah (untuk mengkaji bagaimana pelanggan menggunakan produk/perkhidmatan kami, untuk membangunkannya dan meningkatkan perniagaan kami)
Untuk menguruskan dan melindungi perniagaan kami dan laman sesawng ini (termasuk pembaikan, analisis data, pegujian, penyelenggaraan sistem, sokongan, pelaporan dan pengehosan data). (a) Identiti
(b) Kenalan
(c) Teknikal
(a) Perlu bagi mematuhi kewajipan undang-undang
(b) Perlu bagi memastikan, melaksanakan dan mempertahankan hak undang-undang kami
Untuk memberikan kandungan laman sesawang yang berkaitan kepada anda dan mengukur atau memahami keberkesanan pengiklanan yang kami sajikan kepada anda. (a) Identiti
(b) Kenalan
(c) Profil
(d) Penggunaan
(e) Pemasaran dan komunikasi
(f) Teknikal
Kebenaran anda
Untuk menggunakan analisis data bagi meningkatkan laman sesawan, produk/perkhidmatan, pemasaran kami, hubungan, dan pengalaman pengguna. (a) Teknikal
(b) Penggunaan
Kebenaran anda
Untuk memberikan cadangan dan saranan kepada anda tentang barang atau perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. (a) Identiti
(b) Kenalan
(c) Teknikal
(d) Penggunaan
(e) Profil
Kebenaran anda
Untuk menguruskan interaksi anda dengan kami pada media sosial, cth. Twitter, Facebook, Instagram. (a) Identiti
(b) Interaksi
Kebenaran anda

Data peribadi kanak-kanak

Kami mengumpul dan menggunakan data peribadi kanak-kanak dibawah umur 18 tahun hanya apabila kebenaran pada waktu tersebut, telah diberikan atau dibenarkan oleh pemilik tanggungjawab penjaga. Kami tidak mensyaratkan perkhidmatan kami kepada kanak-kanak untuk membekalkan data peribadi benar-benar perlu dalam membekalkan penghantaran perkhidmatan kami.

Kuki

Kuki ialah fail teks halus yang dihantar oleh laman sesawang kami kepada peranti terminal anda untuk tujuan penyimpanan data tertentu. Dengan menggunakan kuki:

  • Peranti terminal anda (cth. pelayar) akan mengingati pilihan anda (cth. bahasa yang digunakan) dan aktiviti (cth. status daftar masuk, item di dalam bakul, dll.) pada laman sesawang kami, agar kami dapat memberikan pengalaman pengguna yang khusus dan lebih baik kepada anda di dalam laman sesawang kami (kuki asas);
  • Kami meyimpan rekod interaksi anda dengan laman sesawang kami, memberikan maklumat berguna dan penting kepada kami dalam meningkatkan laman sesawang kami (kuki prestasi); dan
  • Mengikut kebenaran anda, rakan kongsi pengiklanan kami akan menyimpan rekod pelayaran anda merentasi internet, agar kami dapat memberikan iklan khusus yang lebih menepati minat dan citarasa anda (kuki pengiklanan).

Kuki tersebut akan mengenalpasti peranti terminal anda, selalunya pelayar sesawang anda. Anda boleh memilih sama ada untuk membenarkan kami atau pihak ketiga (rakan kongsi pengiklanan atau analitik kami) untuk menetapkan kuki tersebut. Apabila kami menggunakan kuki bagi tujuan pengkhususan iklan kami atau menganalisis akses laman sesawang, kami akan memohon kebenaran anda terlebih dahulu pada waktu tersebut.

Untuk maklumat lanjut dan untuk menukar tetapan kuki anda, termasuk penarikan kebenaran anda, sila lawati Tetapan Kuki kami dari pautan pada bahagian bawah setiap laman sesawang.Cookie Setting

Kmai tidak menetapkan dan menggunakan kuki untuk tujuan pengiklanan atau analisis akses web kepada pengguna yang berumur bawah 18 tahun. Untuk memastikan polisi ini, kami memohon agar anda mengisyitiharkan bahawa anda berumur 18 tahun atau keatas apabila kami mengumpul kebenaran anda atas tetapan kuki kami bagi tujuan ini.

Penukaran tujuan

Kami hanya akan menggunakan data peribadi anda untuk tujuan yang diperlukan oleh kami semasa mengumpul data tersebut, melainkan kami menganggap data tersebut diperlukan untuk tujuan lain dan alasannya sesuai dengan tujuan asal. Sekiranya kami perlu menggunakan data peribadi anda bagi tujuan yang tidak berkaitan, kami akan memaklumkan kepada anda dan akan menjelaskan asas undang-undang yang membenarkan kami untuk berbuat sedemikian. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin akan memproses data peribadi anda tanpa pengetahuan atau kebenaran anda, mengikut syarat yang ditetapkan diatas, dimana perkara ini dituntut atau dibenarkan oleh undang-undang.

Pendedahan data peribadi anda

Kami tidak, dan tidak akan mendedahkan atau mengongsikan sebarang data peribadi ada kepada mana-mana pihak ketiga. Bagaimanapun, kami akan mengongsikan data peribadi anda dengan syarikat-syarikat dalam kategori berikut atas dasar keperluan penting dalam membekalkan perkhidmatan kami kepada anda, seperti yang dinyatakan dalam notis ini:

  • Syarikat-syarikat dalam EPOCH GROUP, oleh kerana bahagian-bahagian lain juga bertanggungjawab dalam dalam aktiviti asas yang menyokong pembekalan perkhidmatan kami (cth. infrastruktur teknologi maklumat, pengurusan laman sesawang, kewangan, logistik, dll.);
  • Kontraktor kami yang membekalkan perkhidmatan seperti logistik, penghantaran, gudang, perkhidmatan pembayaran, perkhidmatan IT, dll. kepada kami.;
  • Rakan kongsi kami yang memberikan iklan atau perkhidmatan analisis sesawang kepada kami, hanya dengan kebenaran terdahulu daripada pihak kami;
  • Penasihat profesional termasuk peguam, jurubank, juruaudit dan pengeluar insurans; dan
  • Pihak berkuasa yang layak, cth. mereka yang ditugaskan untuk urusan cukai, kastam, kawals, penyiasatan, keadilan, dll. kami diwajibkan untuk membekalkan data peribadi dalam situasi tertentu mengikut kewajipan undang-undang yang dikenakan keatas kami.

Kami mewajibkan kesemua pihak ketiga ini untuk menghormati keselamatan data peribadi anda dan menggunakannya mengikut garis panduan undang-undang. Kami tidak membenarkan pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami untuk menggunakan data peribadi anda bagi keperluan mereka tersendiri dan hanya membenarkan mereka memproses data peribadi anda untuk tujuan khusus dan menurut arahan kami.

4. Pemindahan antarabangsa

Pendedahan atau perkongsian data peribadi anda seperti yang dinyatakan diatas melibatkan pemindahan data anda ke negara di luar Malaysia, terutamanya ke Jepun dimana ibu pejabat EPOCH GROUP bertempat. Dengan menggunakan laman sesawang ini, kami menganggap anda memberikan kebenaran untuk memindahkan data peribadi anda kepada entiti yang dinyatakan diatas yang bertempat diluar Malaysia.

5. Keselamatan data

Kami telah mengambil langkah-langkah keselamatan yang sesuai untuk mengelakkan data peribadi anda daripada hilang, digunakan atau diakses secara tidak sengaja, diubah suai atau didedahkan melalui cara yang tidak dibenarkan. Tambahan lagi, kami telah mengehadkan akses kepada data peribadi anda hanya kepada pekerja, ejen, kontraktor dan pihak ketiga yang lain yang memerlukan data tersebut mengikut keperluan perniagaan mereka sahaja. Mereka hanya akan memproses data peribadi anda atas arahan daripada pihak kami dan bertanggungjawab keatas kerahsiaan maklumat tersebut.

Kami telah meletakkan prosedur untuk menguruskan sebarang kemungkinan pembocoran data peribadi dan akan memaklumkan kepada anda dan mana-mana penguatkuasa sekiranya berlaku pembocoran maklumat mengikut kewajipan undang-undang kami.

6. Penyimpanan data

Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama yang perlu bagi memenuhi tujuan yang memerlukan kami untuk mengumpul data tersebut, termasuk untuk tujuan memenuhi sebarang keperluan undang-undang, perakaunan atau pelaporan. Untuk menentukan, tempoh penyimpanan data peribadi yang sesuai, kami mengambil kira jumlah, sifat, dan sensitiviti dapat peribadi tersebut, potensi bahaya daripada penggunaan tanpa izin atau pendedahan data peribadi anda, tujuan kami memproses data peribadi tersebut dan sama ada kami mampu mencapai matlamat tersebut melalui cara lain, dan keperluan undang-undang yang digunapakai.

7. Hak undang-undang anda

Mengikut situasi tertentu, anda mempunyai hak undang-undang berikut:

  • Hak untuk mengakses data peribadi
  • Hak untuk memperbetulkan data peribadi
  • Hak untuk menarik balik kebenaran bagi pemprosesan data peribadi
  • Hak untuk memohon pemprosesan data peribadi dihentikan jika terdapat kemungkinan berlakunya kerosakan
  • Hak untuk menghentikan penggunaan data peribadi bagi tujuan pemasaran terus

Sekiranya anda ingin melaksanakan sebarang hak yang dinyatakan di atas, sila hubungi kami. Kami mungkin memerlukan maklumat khusus daripada anda untuk membantu kami mengesahkan identiti anda. Ini adalah langkah-langkah keselamatan untuk memastikan data peribadi anda tidak didedahkan kepada mana-mana entiti yang tidak mempunyai hak untuk menerima maklumat tersebut.